Teknologi oh teknologi.....
Dunia kita semakin hari semakin canggih dari aspek teknologi. Bermula dengan menghantar utusan melalui burung merpati hingga kini pelbagai teknologi dicipta Barat bagi memeudahkan masyarakat dunia dalam mendapatkan maklumat dan berkongsinya dengan seluruh dunia. Untuk mendapatkan sesuatu kita boleh mendapatkan maklumat dari internet. Jika dahulu kita ingin mengetahui berita kta perlu membaca surat khabar jika tidak kita akan ketinggalan segala apa yang berlaku di luar sana seperti peribahasa katak di bawah tempurung. Tetapi kini kita hanya duduk dalam rumah sahaja kita sudah boleh mengetahui maklumat dari seluruh pelosok dunia.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak keburukan jika amalkan gaya hidup seperti ini.
Contohnya, pergaulan antara jiran-jiran semakin jauh. Selain itu, kemungkinan kita mendapat berita palsu juga adalah tinggi. Ini kerana masyarakat dunia semakin mudah mempercayai sebulat-bulatnya setiap apa yang dihidangkan dihadapan mereka termasuk berita palsu. mereka juga tidak hanya membaca seorang diri malahan menjadi masyarakat yang prihatin dengan menyebarkan berita palsu itu. Maklumat hujung jari ini perlulah digunakan dengan sebaiknya untuk sesuatu yang posotif. Hal ini demikian kerana jika kita manfaatkannya untuk sesuatu yang positif maka kita akan memperoleh kebaikan dan jika sebaliknya anda fikirkanlah kesannya. 

No comments:
Post a Comment