BANJIR- HIKMAH DI SEBALIK UJIAN
Tahun
2014 merupakan tahun yang menguji kesabaran seluruh rakyat di Malaysia terutama
kepada keluarga yang terlibat. Antaranya ialah bencana alam seperti banjir yang
telah meragut beberapa nyawa dan juga harta benda rakyat. Untuk pulih seperti sedia
kala dan bangkit kembali adalah sangat memerlukan motivasi dan keazaman yang
tinggi. Seperti peribahasa berat mata memandang berat
lagi bahu yang memikul.
![]() |
| kawasan Kota Bharu |
Keadaan
ketika pasca banjir amat menyentuh hati kerana ada sesetengah rumah hanya tinggal
tangga semata-mata bahagian rumah yang lain telah pun dihanyutkan semasa banjir.
Sekolah- sekolah pula memerlukan pembaikan kerana peralatan semuanya kotor dan
rosak. Para pelajar di Kelantan, Terengganu telah diarahkan untuk memulakan sesi
sekolah lewat seminggu dari sekolah lain.
Namun,
Alhamdulillah kerana kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dan negara lain turut
menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian, peralatan solat, pembersihan rumah-rumah,
masjid dan sebagainya. Sesungguhnya banjir adalah rahmat dan ujian dari Pencipta
kita untuk menguji keimanan dan mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian
yang terjadi. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian tahun yang
lalu. Perkara yang baik kita jadikan pedoman dan perkara yang buruk kita jadikannya
sebagai sempadan.


No comments:
Post a Comment