Friday, 3 April 2015

ENTRI 3

INFORMASI-MAKLUMAT DI HUJUNG JARI

Teknologi oh teknologi.....

Dunia kita semakin hari semakin canggih dari aspek teknologi. Bermula dengan menghantar utusan melalui burung merpati hingga kini pelbagai teknologi dicipta Barat bagi memeudahkan masyarakat dunia dalam mendapatkan maklumat dan berkongsinya dengan seluruh dunia. Untuk mendapatkan sesuatu kita boleh mendapatkan maklumat dari internet. Jika dahulu kita ingin mengetahui berita kta perlu membaca surat khabar jika tidak kita akan ketinggalan segala apa yang berlaku di luar sana seperti peribahasa katak di bawah tempurung.  Tetapi kini kita hanya duduk dalam rumah sahaja kita sudah boleh mengetahui maklumat dari seluruh pelosok dunia. 

Walaubagaimanapun, terdapat banyak keburukan jika amalkan gaya hidup seperti ini.
Contohnya, pergaulan antara jiran-jiran semakin jauh. Selain itu, kemungkinan kita mendapat berita palsu juga adalah tinggi. Ini kerana masyarakat dunia semakin mudah mempercayai sebulat-bulatnya setiap apa yang dihidangkan dihadapan mereka termasuk berita palsu. mereka juga tidak hanya membaca seorang diri malahan menjadi masyarakat yang prihatin dengan menyebarkan berita palsu itu. Maklumat hujung jari ini perlulah digunakan dengan sebaiknya untuk sesuatu yang posotif. Hal ini demikian kerana jika kita manfaatkannya untuk sesuatu yang positif maka kita akan memperoleh kebaikan dan jika sebaliknya anda fikirkanlah kesannya. 

 

ENTRI 2

BANJIR- HIKMAH DI SEBALIK UJIAN

Tahun 2014 merupakan tahun yang menguji kesabaran seluruh rakyat di Malaysia terutama kepada keluarga yang terlibat. Antaranya ialah bencana alam seperti banjir yang telah meragut beberapa nyawa dan juga harta benda rakyat. Untuk pulih seperti sedia kala dan bangkit kembali adalah sangat memerlukan motivasi dan keazaman yang tinggi. Seperti peribahasa berat mata memandang berat
kawasan Kota Bharu
lagi bahu yang memikul.

Keadaan ketika pasca banjir amat menyentuh hati kerana ada sesetengah rumah hanya tinggal tangga semata-mata bahagian rumah yang lain telah pun dihanyutkan semasa banjir. Sekolah- sekolah pula memerlukan pembaikan kerana peralatan semuanya kotor dan rosak. Para pelajar di Kelantan, Terengganu telah diarahkan untuk memulakan sesi sekolah lewat seminggu dari sekolah lain.

Namun, Alhamdulillah kerana kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dan negara lain turut menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian, peralatan solat, pembersihan rumah-rumah, masjid dan sebagainya. Sesungguhnya banjir adalah rahmat dan ujian dari Pencipta kita untuk menguji keimanan dan mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian yang terjadi. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian tahun yang lalu. Perkara yang baik kita jadikan pedoman dan perkara yang buruk kita jadikannya sebagai sempadan.