Masyarakat hari ini telah mula terdedah kepada dunia
perniagaan. Semangat mereka untuk memulakan perniagaan sangat tinggi dan
meluap-luap hasil daripada seminar motivasi dan perniagaan yang telah
dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sebelum memulakan perniagaan, saya ingin
mengajak tuan puan yang budiman untuk membaca 10 perkara penting sebelum
seseorang memulakan perniagaan.
10 saranan penting ini adalah untuk mengingatkan kita
tentang mengapa kita berniaga dan supaya setiap perniagaan yang kita lakukan
akan mendapat keberkatan Allah s.w.t. inshaa Allah. Kita tidak mahu hanya kaya
dan berjaya di dunia tetapi hakikatnya kita muflis dan kosong di akhirat kelak.
1. Berniagalah dengan mengeluarkan
modal hasil titik peluh sendiri
Kebanyakan mereka yang baru memulakan perniagaan
beranggapan mereka mesti perlukan modal yang besar untuk berniaga. Ini adalah
kesilapan petama dan penting untuk dinilai semula. Tidak semestinya sesuatu
perniagaan itu memerlukan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di
tangan. InshaaAllah sedikit-sedikit lama-lama akan menjadi bukit.
Ini juga akan dapat mengelakkan kita dari mengalami
kerugian yang besar sekiranya perniagaan itu tidak berjaya.
2. Jangan mengambil hak insan lain demi
untuk mencapai tujuan peribadi
Sebagai seorang peniaga, kita mengikut sunnah Nabi kita
Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam. Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam tidak
menipu dan mengambil hak orang lain. Sebab itu kita lihat baginda berniaga
tidak pernah rugi dan barang-barang dagangannya habis terjual.
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
3. Elakkan daripada mengambil dan
memakan harta anak-anak yatim
Telah tertulis amaran di dalam Al-Quran mereka yang
memakan harta anak yatim akan dilaknat Allah s.w.t. Mereka mesti dijaga bukan
diambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan mereka. Allah Maha Mengetahui
walau selicik manapun kita cuba bersilat dan menipu manusia lain.
4. Kembalikan hak orang lain yang bukan
menjadi hak milik kita
Dalam perniagaan, kita sama sekali tidak boleh menindas
pelanggan-pelanggan kita. Dalam setiap rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan, ada
hak orang lain disitu terutamanya yang berkaitan dengan zakat dan sedekah.
Usahawan yang hebat sentiasa menitikberatkan keperluan
orang lain dahulu melebihi kepentingan diri mereka sendiri.
5. Jangan suka menindas dan menipu golongan
yang lemah
Usahawan dan peniaga yang hebat tidak akan menipu dan
menindas golongan yang lemah. Golongan yang lemah bermaksud mereka yang
betul-betul perlukan sesuatu produk, terutama sekali gologan miskin dan
memerlukan. Menipu dan cuba mempengaruhi mereka untuk membeli barang kita yang
tidak diperlukan mereka sangat bertentangan dengan sikap sebenar seorang
usahawan muslim yang beriman.
6. Jangan menjadi manusia yang kejam
dan zalim dengan merampas hak insan lain
Telah banyak kali dinyatakan, jangan menjadi usahawan dan
peniaga yang zalim. Mereka yang zalim ini tidak akan mendapat keberkatan dari
Allah s.w.t. Walalupun kita melihat mereka berjaya dan kaya, hakikatnya mereka
kosong dari kacamata Allah s.w.t.
7. Allah melapangkan rezeki bagi setiap
peniaga yang jujur , ikhlas dan amanah
Jujur, ikhlas dan amanah adalah sifat Nabi sallallahu
‘alayhi wasallam. Peniaga dan usahawan yang jujur tidak akan dibenci orang
samada oleh pembekal mahupun pelanggan mereka. Percaya dan yakinlah Allah akan
memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa menjaga nilai-nilai murni ini.
Sedikit itu cukup dan berkat. Banyaknya sentiasa memberi
kepada mereka yang memerlukan.
8. Jangan bakhil dan kedekut untuk
bersedekah, berzakat
Ramai dikalangan usahawan yang berjaya sentiasa menitikberatkan
tentang sedekah dan berzakat. Berzakat akan menyucikan harta kita dari hak
orang lain. Inshaa Allah perniagaan dan keuntungan yang diperolehi lebih
berkat.
9. Sucikan hati dan jiwa dengan mencari
harta dan pendapatan yang halal
Kita dituntut untuk mencari harta dengan cara dan jalan
yang betul. Bukan dengan cara menipu dan memanipulasi golongan lain untuk
kepentingan diri kita dan perniagaan kita.
10. Dari rezeki yang halal, salurkanlah
kepada sumber yang baik-baik
Inshaa Allah, rezeki yang halal dan berkat akan lebih
memudahkan kita membuat amal kebajikan. Samada sedekah dan zakat kepada mereka
yang berhak menerimanya
No comments:
Post a Comment