BIODATA
Nama : Datuk Yusuf Taiyoob
Jawatan :Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur : 52 tahun
Isteri : Datin Yusnita Ramli
Anak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Jenis perniagaan: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Nama : Datuk Yusuf Taiyoob
Jawatan :Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur : 52 tahun
Isteri : Datin Yusnita Ramli
Anak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Jenis perniagaan: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma
Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang
Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya
dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob)
menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering
serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000
rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja
dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun
terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

No comments:
Post a Comment